Isu Pengurusan, Pengajaran & Pembelajaran dalam Pendidikan Sains

Isu Pengurusan, Pengajaran & Pembelajaran dalam Pendidikan Sains

Isu Pengurusan, Pengajaran & Pembelajaran dalam Pendidikan Sains

Isu Pengurusan, Pengajaran & Pembelajaran dalam Pendidikan Sains
Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Nurzatulshima Kamarudin
2010
ISBN 978-967-344-129-7
225 Halaman
RM 45.00
Buku ini dihasilkan sebagai rujukan bagi para akademik, pendidik guru, guru, bakal guru, penyelidik dan individu yang ingin memahami isu berkaitan Pendidikan Sains. Pelbagai isu semasa telah dikupas oleh beberapa penulis meliputi pendekatan teori dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sehinggalah kepada pengurusan dalam makmal Sains, sama ada di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi. Perubahan serta kewujudan dasar baharu berkaitan Pendidikan Sains telah menjadikan Pendidikan Sains sebagai salah satu cabang pendidikan yang menjadi semakin penting buat masa ini. Pelbagai penyelidikan telah dijalankan oleh para penyelidik yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah dari aspek psikologi, nilai-nilai kemanusiaan dalam sains, pendekatan teori, pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sains dalam pelbagai peringkat pengajian. Selari dengan kemajuan dunia teknologi, Pendidikan Sains juga telah mengalami satu transformasi dengan penumpuan ke arah penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Adalah diharapkan buku ini dapat menambah pengetahuan dan pemahaman guru mahupun para penyelidik dalam beberapa isu kritikal yang berkaitan Pendidikan Sains. Buku ini juga sesuai bagi pendidik yang mencari cara berkesan dan menarik untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Kefahaman tentang kaedah terbaik semasa penyampaian dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran sains adalah amat penting bagi memastikan hasil pembelajaran yang optimum tercapai.

2 comments on “Isu Pengurusan, Pengajaran & Pembelajaran dalam Pendidikan Sains

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s