Buku Amalan Protokol dan Etiket

Buku Amalan Protokol dan Etiket

Buku Amalan Protokol dan Etiket. > Penulis: MOKHTAR MOHD. TOHAR

Buku Amalan Protokol dan Etiket ini memuatkan maklumat yang dilengkapi gambar dan ilustrasi penting dan menyeluruh tentang amalan protokol dan etiket di Malaysia. Antara lain, pembaca dihidangkan dengan pengetahuan tentang lambang kebesaran, peralatan diraja, bendera dan anugerah Persekutuan, Negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan. Dihuraikan juga tentang susunan tempat duduk dalam pelbagai majlis, pengacaraan majlis, cara membuat panggilan hormat, bahasa istana dan sebagainya.

Etika berpakaian, cara dan gaya mengiring dan menyambut tetamu, tatasusila di meja makan, perbualan sosial dan kesopanan dalam pelbagai situasi juga dibincangkan dengan terperinci. Pendek kata, buku ini lengkap dan sesuai dirujuk oleh sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengendalian sesuatu majlis, sama ada formal atau yang tidak formal. Malah, sesuai juga bagi mereka yang menerima tetamu atau menjadi tetamu di dalam sesuatu majlis.

Kepada semua pembaca, khususnya pelajar, pegawai awam, pegawai protokol, pegawai pengiring, penyambut tetamu, sama ada di jabatan kerajaan mahupun swasta, buku ini mesti dimiliki dan dijadikan panduan bagi memastikan tugas dan tanggungjawab mengendalikan majlis berlangsung dengan sempurna, teratur dan yang paling penting memuaskan hati semua pihak.

MOKHTAR MOHD. TOHAR berasal dari Kuala Selangor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Kelang. Beliau berkelulusan dalam bidang pentadbiran awam, Universiti Malaya dan juga pengurusan perniagaan koperasi dari Loughborough, United Kingdom, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Bolton, United Kingdom dan Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan dari Dublin, Ireland.

Pengarang adalah bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan telah berkhidmat dengan kerajaan selama 35 tahun di pelbagai kementerian, jabatan persekutuan dan negeri. Beliau pernah menjadi Ketua di Bahagian Istiadat di Jabatan Perdana Menteri dan dan juga Ketua Program Protokol dan Etiket Sosial di INTAN. Di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, beliau memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha. Bagi melengkapkan pengetahuan dan kepakaran berkaitan protokol, beliau telah mengikuti kursus , latihan dan lawatan sambil belajar di luar negara seperti di London, Paris dan juga negara-negara Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Pengarang sangat aktif dalam penghasilan buku berkaitan etika dan protocol. Selain buku ini, pengarang juga telah menghasilkan Protocol and Etiquette in Managing and Attending Function dan sebuah lagi bakal terbit ialah Protokol dalam Pengendalian Majlis. Kedua-dua judul ini adalah terbitan Penerbit UPM.

Judul-judul lain hasil karya pengarang ialah Protokol dan Etiket, Protokol dan Etiket dalam Pengurusan dan menghadiri Majlis, Panduan Protokol dan Etiket Sosial, Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi, Protokol dan Etiket dalam Pengacaraan Majlis, Raja Kita, dan Kesultanan Negeri Selangor.

Amalan Protokol & Etiket
• Mokhtar Tohar
• 2011
• ISBN 978-967-344-163-1
• 278 Halaman
• RM 100.00

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s