Buku Transformasi Kepemimpinan Pendidikan: Cabaran dan Hala Tuju

Buku Transformasi Kepemimpinan Pendidikan: Cabaran dan Hala Tuju

“Transformasi Kepemimpinan Pendidikan: Cabaran dan Hala Tuju“

Buku Transformasi Kepemimpinan Pendidikan: Cabaran dan Hala Tuju merupakan buku yang sesuai bagi pentadbir institusi pendidikan seperti sekolah, institut pengajian tinggi awam dan swasta. Ilmu yang disumbangkan merupakan karya para ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Selain itu, buku ini juga bertujuan memberi suatu gambaran terkini untuk dijadikan asas dan panduan bagi mentransformasi institusi pendidikan. Beberapa topik yang dianggap mencabar dikemukakan untuk direnung bersama supaya setiap pemimpin institusi pendidikan mampu membuat transformasi dan menggerakkan minda mencapai kecemerlangan. Bab yang ditulis dikategorikan kepada dua iaitu kepemimpinan peringkat sekolah dan kepemimpinan peringkat pengajian tinggi. Buku ini dicetuskan oleh kesedaran kumpulan penulis untuk mencari jawapan kepada persoalan bagaimanakah institusi pendidikan seperti sekolah dan institusi pengajian tinggi menghadapi pelbagai perubahan seperti Model Baharu Ekonomi, dasar pengajian tinggi, transformasi untuk menjadi lebih maju dalam era globalisasi dan sekolah berprestasi tinggi dan lain-lain lagi.

Profesor Dr. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie merupakan profesor kepemimpinan pendidikan dan keusahawanan di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau pernah menulis buku untuk kegunaan pelajar universiti dan kolej yang bertajuk Pentadbiran Pendidikan dan Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan: Satu Langkah ke Hadapan. Beliau juga merupakan penulis modul untuk kursus Pengurusan Pendidikan dan Kepemimpinan Pendidikan. Beliau juga menjadi pengerusi jawatankuasa penyeliaan dalam bidang pentadbiran pendidikan kepada beberapa orang pelajar di peringkat Doktor Falsafah di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Selain itu, Profesor Dr. Zaidatol Akmaliah juga giat menulis buku tentang keusahawanan dan pendidikan keusahawanan. Beliau juga aktif dalam penyelidikan bidang keusahawanan dan telah banyak membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa berkaitan dengan usahawan dan keusahawanan.

Dr. Hj. Soaib bin Asimiran mendapat ijazah pertama daripada York University, Canada, Master Sains daripada Sheffield Hallam University, United Kingdom dan Ph.D dalam bidang Polisi, Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Pendidikan dan telah mula berkhidmat di Universiti Putra Malaysia sejak 1987, sebagai Penolong Pendaftar. Sejak menyertai Fakulti Pengajian Pendidikan mulai 1999, beliau terlibat dalam aktiviti pengajaran, penulisan ilmiah dan penyelidikan serta perundingan di peringkat nasional. Tumpuan pengajaran, penulisan dan penyelidikan beliau ialah Universiti Governan, Pengurusan Pendidikan Tinggi, Pengurusan Kualiti Dalam Pendidikan, Keusahawanan dan Pendidikan Keusahawanan. Beliau juga telah menerbitkan penulisan dalam bab buku, monograf, prosiding dan artikel jurnal di peringkat nasional dan antarabangsa.

Transformasi Kepimpinan Pendidikan: Cabaran dan Hala Tuju
• Zaidatul Akmaliah Lope Pihie & Soaib Asimiran
• 2011
• ISBN 978-967-344-228-7
• 180 Halaman
• RM 48.00

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s