KATALOG 2017
Katalog 2016

Katalog ini mengandungi kesemua judul aktif terbitan Penerbit
UPM.Pesanan boleh dibuat terus kepada Penerbit UPM atau melalui
wakil pengedar kami.Pesanan melalui pos hendaklah disertakan dengan bayaran Cek
Berpalang, Bank Draf, Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama
BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan dihantar ke
Penerbit UPM. Kos penghantaran adalah mengikut kadar semasa
yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia. Tempoh penghantaran
adalah dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh terima bayaran.
Pelancaran Buku Hang Tuah
BUKU TERBITAN TERBAHARU NOVEMBER 2015
HASSAN AHMAD Wira Bahasa Yang Berwibawa
JUDUL : HASSAN AHMAD Wira Bahasa Yang Berwibawa
978-967-344-463-2
PENGARANG: Raja Masittah Raja Ariffin
RM 78.00
129m/s
Kulit tebal dan isi kandungan berwarna
Tidak dapat dinafikan Hassan Ahmad adalah nasionalis Bahasa Melayu. Meskipun begitu, hasil kerja beliau tidak semata-mata bertujuan menegakkan nasionalisme Melayu sahaja. Penelitian hemat terhadap kerja beliau memperlihatkan beliau menggunakan pendekatan nasionalis untuk merungkai persoalan sosiologi Bahasa Melayu. Pendekatan ini digunakan beliau dalam konteks nasionalisme Malaysia bagi memastikan Bahasa Melayu Berjaya merealisasikan rangsangan politik untuk tujuan perpaduan dan integrase, selain membangkitkan keyakinan rakyat tentang kemampuan Bahasa Melayu untuk memajukan Negara.
Mari jumpa kami di sini
Penerbit UPM Telah Di Anugerah 4 Kategori Utama
Bersempena Ekspo Buku Malaysia 2014 yang diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 10-14 Disember yang lalu turut berlansung Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN).
Pada tahun ini Penerbit Universiti Putra Malaysia telah dianugerahkan empat kategori utama yang dicalonkan iaitu:
- Anugerah Perdana
Penerbit Universiti Awam
Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Buku Umum Terbaik (Kategori Pendidikan)
Judul: Program Khas Integrasi Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia Dunia Sains & Teknologi
Penulis: Zulikha Jamaludin & Husniza Husni
Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia
ISBN: 978-967-344-383-3
- Buku Umum Terbaik (Kategori Biografi Umum)
Judul: Dato’ Dr. Hassan Ahmad: Cendekiawan Melayu Terulung
Penulis: Nor Azuwan Yaakob
Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia
ISBN: 978-967-344-330-7
- Reka Seni Grafik Terbaik
Judul: With Knowledge We Serve
Penulis: Mohamed Shariff Mohamed Din, Samsilah Roslan, Jayakaran Mukundan & Zulkifli Idrus
Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia
ISBN: 978-967-344-302-4
Anugerah-anugerah tersebut telah disampaikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pengarang-pengarang buku yang mendapat anugerah serta tak dilupakan penghargaan kepada warga Penerbit Universiti Putra Malaysia, semoga dengan kejayaan ini akan menjadi pemangkin motivasi untuk terus menerbitkan karya-karya ilmiah yang berkualiti tinggi.