Mengenai Kami

UPM adalah sebuah universiti paling aktif dalam aktiviti penerbitan ilmiah yang berbentuk buku, prosiding, jurnal dan sebagainya. Secara puratanya, sepanjang enam tahun yang lalu, UPM berjaya menerbitkan 22 judul buku setahun selain daripada laporan teknikal dan prosiding secara runding cara. Peranan aktif ini telah dimainkan oleh Penerbit UPM yang juga sebuah jabatan yang berperanan mendokumentasikan pengetahuan yang dijana di universiti dan menyebarluaskannya. Apa yang membangggakan ialah buku-buku yang diterbitkan oleh Penerbit UPM bukan sahaja digunakan oleh mahasiswa UPM sendiri, malah mahasiswa IPTA dan IPTS lain. Mahasiswa boleh mendapat manafaat daripada penerbitan yang dihasilkan dengan mengunjungi Penerbit UPM. Di sana pelbagai judul penerbitan dan buku rujukan yang boleh dibeli dengan tawaran harga yang menarik. Terdapat buku yang diterbitkan menjadi teks rujukan penting beberapa kursus yang ditawarkan di UPM selain daripada rujukan am bidang-bidang tertentu.

Aktiviti Penerbitan

Penerbit UPM berperanan menerbitkan karya asli dan terjemahan serta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dalam bentuk buku, jurnal dan monograf terutama karya-karya yang diusahakan oleh tenaga pengajar UPM.
Sejak penubuhannya pada 1977, Penerbit UPM telah berjaya menerbitkan lebih 550 judul buku dan seterusnya menambah bilangan dari setahun ke setahun. Secara purata, antara 1996 hingga 2006 sebanyak 38 judul karya asli dan jurnal diterbitkan setiap tahun. Jumlah tersebut tidak termasuk penerbitan lain seperti prosiding, laporan tahunan, buku panduan, modul dan sebagainya yang disenaraikan di bawah khidmat profesional.
Keutamaan Penerbit UPM ialah merealisasikan Misi dan Visi Universiti agar statusnya kini sebagai Universiti Penyelidikan lebih unggul. Atas rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan, Penerbit UPM beriltizam menghasilkan penerbitan yang bermutu dan disebarkan melalui perkhidmatan yang cekap dan cepat mengikut konvensyen antarabangsa. Penerbit UPM juga sentiasa bersedia memberi khidmat profesional yang berkualiti, menepati masa dan memenuhi cita rasa pelanggan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s