1000 Pantun Puitis

Ahmad Kamal Abdullah @ W WKemala , tokoh bangsa yang berbakti dan terus menyumbang demi pembangunan hati budi bangsa dan umat Melayu melalui pengucapan dan pengungkapan indah kata-kata dan kalimat yang penuh puitis dan bererti. Sumbangannya sebagai sebahagian yang utuh daripada leluhur itu sendiri yang terpancar daripada perdu hikmah khazanah bangsa Melayu melalui Seribu Pantun Puitis ini, telah mengabadikan permata berlian dalam bentuk madah bahasa yang indah sarat dengan ilmu dan hikmah.

– Prof Dr. Hashim Musa, Pengarang Hati Budi Melayu

Pantun telah mewarnai kehidupan masyarakat Melayu dini. Pada waktu itu, orang mengungkapkan rasa hati dan gejolak jiwa melalui pantun. Kepetahan seseorang dalam berpantun mencerminkan tingkat kecendekiaannya, terutama dalam berkomunikasi. Sehingga kini, pantun terus menjadi pengiring dan pemanis kata dalam sesuatu majlis dan upacara rasmi.
Pada zaman globalisasi ini, bilangan orang yang peduli akan pantun semakin berkurangan. Di beberapa tempat, terutama di desa, pantun masih digunakan orang dalam upacara adat istiadat, tetapi tidak banyak orang yang dapat berpantun dengan fasih mengikut tatacara pantun Melayu.
Pantun Melayu mempunyai keajaiban tersendiri. Bukan sahaja indah susun bahasanya, tetapi sarat dengan teladan kehidupan melangkaui ruang, waktu dan zaman yang berpaksikan ajaran Islam. Kata pengisi pantun pada mulanya dicipta oleh orang yang tidak berkesempatan mengenyam pendidikan formal di institusi pendidikan. Ini membuktikan bahawa masyarakat dini belajar daripada alam yang kemudian dijelmakan melalui pemikiran yang tinggi dan mendalam. Isinya padat dan kemas serta mencandrakan kehalusan dan keprihatinan masyarakat Melayu terhadap alam dan budaya, bukan setakat alam rasa tetapi menjangkau nilai budi dan pandangan sarwa. Keadaan ini menjadikan pantun bukan sahaja menyatakan keindahan penyusunan kata, malahan pantun menyatakan manifestasi minda masyarakat.
Akankah pantun Melayu akan sirna? Jawapannya bergantung pada masyarakat Melayu sendiri. Penerbitan buku Seribu Pantun Puitis (Mencari Diri Mencari Erti) merupakan usaha murni untuk melestarikan pantun dalam keragaman budaya Melayu. Usaha ini akan meningkatkan penghayatan orang ramai, terutama generasi muda terhadap pantun. Karya seperti ini akan mendorong kita terus memelihara warisan budaya yang tidak ternilai harganya.
Yang terkandung dalam buku ini merupakan sesuatu yang amat berbeza. Penciptaan seribu pantun puitis berasaskan suatu refleksi pemikiran pada zaman globalisasi ini adalah kerja yang amat luar biasa. Para pembaca pasti terkesima pada kemampuan penciptaannya.
Saya dengan tulus ikhlas mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang sedalam-dalamnya kepada Dato’ Dr Ahmad Kamal Abdullah, Sarjana Tamu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi atas prakarsanya untuk menerbitkan buku ini.

– Prof. Madya Dr Che Ibrahim bin Salleh
Dekan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
2011

1000 Pantun Puitis
• Ahmad Kamal Abdullah
• 2011
• ISBN 978-967-344-206-5
• 293 Halaman
• RM 120.00

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s