Daripada Tesis kepada Buku

Sebuah tesis atau disertasi jika mahu diterbitkan, mestilah menampilkan judul baru yang lebih menarik dan menangkap. Kandungannya juga perlu berubah dan menjelma dalam wajah yang lebih jelas kepada pembaca akan jalur pemikiran penulisnya. Laras bidang ilmu yang sangat teknikal serta jargon yang tidak menyenangkan pembaca umum perlu terlebih dahulu bertukar menjadi ayat serta kalimat yang lunak dan mudah pula masuk ke benak pembaca. Tidak memadai dengan hanya mengubah ayat, penulis juga perlu menyampaikan ideanya menggunakan ilustrasi yang menarik agar persembahannya bukan sahaja lebih mantap, tetapi juga lebih mudah difahami pembaca. Buku ini wajar menjadi pegangan bagi mereka yang ingin menerbitkan tesis dan disertasi masing-masing. Pedoman yang tampil dalam buku ini turut memberikan beberapa contoh sehingga memudahkan kerja merombak tesis.
ROOSFA HASHIM banyak mengendalikan bengkel merombak tesis menjadi buku. Beliau juga sering diundang menjadi fasilitator bengkel penulisan ilmiah, bengkel penulisan biografi, bengkel indeks serta bengkel penyuntingan. Tesis kedoktoran beliau telah diterbitkan dengan judul Pembangunan Jurnal Ilmiah Malaysia, 1847-2007.
• Daripada Tesis kepada Buku
• Roosfa Hashim
• 2011
• ISBN 978-967-344-235-5
• 128 halaman
• RM38.00

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s