Al-Tadribat Al-Sarfiyyah

Morfologi merupakan asas pendahuluan bagi ilmu nahu. Bagi sesiapa yang mahu mengetahui ilmu nahu, ia perlu memulakan dengan tasrif (morfologi). Ini kerana tasrif merupakan sesuatu yang tetap yang menjadi asal kepada pengetahuan nahu yang sentiasa berubah (dari segi I’rabnya). Kelemahan pelajar dalam bahasa Arab adalah disebabkan kelemahan mereka dalam morfologi yang merupakan asas kepada ilmu nahu Arab. Peminggiran aspek morfologi bahasa Arab dan penekanan aspek nahu, pada pandangan penulis buku ini, merupakan suatu pendekatan yang kurang tepat dalam pembinaan kurikulum pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.
Implikasi daripada penekanan tersebut, maka lahirlah pelajar yang mengetahui hukum tatabahasa, tetapi tidak mengetahui bagaimana membina bentuk kata seperti ism fa’il, ism maf’ul, ism makan, ism zaman, masdar dan lain-lain lagi. Bertolak dari kepentingan morfologi dan kekurangan buku morfologi yang bersifat praktis, serta rasa kesedaran terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar bahasa Arab, penulis cuba menghulurkan buku yang sederhana bentuk dan isinya ini kepada pelajar dan guru bahasa Arab. Ia merupakan buku morfologi yang unik berbanding dengan buku morfologi yang lain. Buku Al-Tadribat Al-Sarfiyyah ini bukan sahaja menghuraikan kaedah morfologi Arab secara ringkas dan padat, tetapi menyediakan pelbagai bentuk latihan dan aktiviti morfologi yang boleh membantu pelajar meningkatkan penguasaan aspek morfologi Arab. Buku ini sesuai digunakan oleh guru bahasa Arab.

978-967-344-295-9
RM 45.00
2012
239 ms
(Kategori: Bahasa)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s