Dato’ Dr. Hassan Ahmad Cendekiawan Melayu Terulung

“Kekuatan dan kekayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, pemikiran dan budaya tinggi dapat diperkasa melalui penghasilan buku yang bermutu tinggi dalam bahasa tersebut.”

Dato’ Dr. Hassan Ahmad merupakan tokoh tersohor dan berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, perancangan bahasa dan sastera, penyelidikan dan pengurusan sehingga beliau pernah digelar sebagai ‘The Godfather of Malaysian Book World’ dan menerima ‘Anugerah Tokoh pembangunan Buku Negara’ (2005). Beliau juga tokoh ilmuwan dan intelektual dalam pelbagai bidang malah ‘pejuang bahasa’ yang sangat berani.

Dato’ Dr Hassan Ahmad pernah dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, (UNESCO) di Paris (1988) dan dipilih sebagai Presedin Kumpulan Elektoral Negara-Negara Asia-Pasifik di UNESCO (1990-1991).Sekembalinya dari Paris, beliau menubuhkan Yayasan Karyawan pada 30 Ogos 1996 dan terus menerajuinya selama 15 tahun. Anak Melayu pertama yang menerima ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Leiden ini sepanjang hayatnya telah mencurahkan ilmu dan keintelektualannya dalam memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia.

Biografi yang ditulis daripada third view person oleh Nor Azuwan Yaakob ini mengisahkan berkenaan kehidupan Dato’ Dr Hassan Ahmad sejak zaman kanak-kanak beliau, kisah perjuangan beliau dalam memartabatkan bahasa Melayu dan pelbagai kisah hidup beliau sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 31 Ogos 2011.

Nor Azuwan Yaakob
ISBN 978-967-344-330-7
RM 120.00
412 muka surat
2013

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s