Keterancaman Bahasa Orang Asli Duano & Kanaq

Masyarakat orang Asli adalah sebahagian rakyat Malaysia dan yang paling minoriti bilangannya. Dengan hanya sekitar 178 197 orang, mereka yang terbahagi kepada 18 suku sedang berhadapan dengan gejala keterancaman bukan sahaja dari segi bilangan tetapi juga dari segi sosiobudaya. Walaupun begitu masih terlalu sedikit kajian dan pendokumentasian data tentang mereka, sama ada oleh sarjana tempatan atau luar negara. Keterancaman Bahasa Orang Asli Duano dan Kanaq ini dibuat berasaskan kajian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap suku Duano dan suku Kanaq yang terdapat di negeri Johor. Dua suku ini dikira sebagai unik kerana bagi suku Kanaq bilangan yang tinggal hanyalah seramai 83 orang sahaja manakala bagi suku Duanoq pula adalah seramai 4067 orang tetapi hanya golongan tua sahaja yang mengetahui nama sebenar suku mereka adalah Duano dan bukannya Kuala seperti yang diketahui ramai dan digunakan secara umum.

Paparan utama dalam buku ini berkisarkan berkenaan keterancaman bahasa yang sedang dilalui oleh kedua-dua etnik ini. Justeru itu, buku ini turut berperanan sebagai pengenalan kedua-dua dialek dan pertama kalinya daftar kata dialek-dialek ini disertakan dan dibentang dalam bentuk fonetik bagi membolehkan pembaca menyebut dengan tepat walaupun tidak pernah mendengar lafazannya oleh penutur jati.

Mohd. Sharifudin Yusop
ISBN 978-967-344-343-7
RM55.00
2013

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s