Memoir Radin Umar Radin Sohadi: Aku dan Amanah-MU

2014, Terbitan 2014, Riza Atiq O.K Rahmat, Penerbit UPM, UPM Press

Saya berasa terharu dan bangga atas prakarsanya hingga buku ini dapat diterbitkan dengan rupa dan bentuknya sekarang.  Seruannya ringan, namun bermakna dalam.  Ajakannya sederhana, tetapi ampuh dan sarat dengan tekad untuk melaksanakannya.  Buku ini merupakan pemerhatian terhadap penghidupan serta alam sekitarnya.  Garapan idea dan luahan perasaannya dalam memoir ini jelas menunjukkan bahawa Radin Umar bersifat fundamental dalam prinsip, kontemporari dalam pendekatan dan futuristik dalam pandangan dan wawasan.  Saya bertuah dapat mendekati beliau.
Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan
Mantan Ketua Setiausaha Negara

Sepanjang saya mengenali arwah, saya dapati beliau seorang yang amat komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi. Beliau juga fokus dalam tugasan sehingga memudahkan urusan saya sebagai Menteri Pengajian Tinggi pada ketika itu Sifat terpuji beliau terserlah apabila mempunyai integriti yang tinggi dan wajar dicontohi oleh ahli akademik dan pentadbir sama ada di universiti mahupun di kementerian. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada institusi pengajian tinggi, tetapi negara dan dunia.
YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor

Profesor Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi merupakan rakan seperjuangan dan pemimpin yang mempunyai wawasan yang melewati zamannya. Beliau mempunyai kesungguhan yang tinggi dan menjiwai setiap perkara yang diamanahkan serta sentiasa mencabar amalan kebiasaan dalam usaha mencari yang terbaik untuk kepentingan umum. Beliau telah meninggalkan legasi dalam bidang pengurusan serta kepakaran beliau dan menjadi penanda aras untuk tatapan kita bersama dan diteladani oleh generasi pemimpin masa kini dan akan datang. Rasa tanggungjawab yang tinggi menyebabkan beliau sering memastikan bahawa setiap yang dilakukan mempunyai natijah yang positif kepada pembangunan modal insan dan negara.
Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan
Naib Canselor UPM

6 thoughts on “Memoir Radin Umar Radin Sohadi: Aku dan Amanah-MU

    1. Pesanan

      Pesanan boleh dibuat terus kepada Penerbit UPM atau melalui wakil pengedar kami. Pesanan melalui pos hendaklah disertakan dengan bayaran Cek Berpalang, Bank Draf, Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Bendahari Universiti Putra Malaysia dan di alamatkan ke Penerbit UPM. Tempoh penghantaran adalah dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh terima bayaran.

      Penggantian

      Kesemua jualan buku adalah muktamad dan pihak kami hanya menerima pemulangan buku rosak yang berpunca daripada pihak kami dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan. Setiap pemulangan buku hendaklah disertakan dengan resit pembelian.

      Kemudahan Kredit

      Kemudahan kredit hanya diberikan kepada pengedar/ wakil jualan yang di lantik oleh Penerbit UPM yang telah menunjukan rekod penjualan dan pembayaran yang baik.

  1. Selain pembelian di UPM Press, di mana lagi boleh saya dapatkan buku ini ? Bolehkah pembelian dilakukan secara atas talian (online) ? Jika ya, mohon berikan pautan ke laman yang berkenaan.

    Sekain, terima kasih.

Leave a reply to Firdaus Cancel reply