Disleksia Dunia Sains & Teknologi

Disleksia Dunia Sains & Teknologi

Pendidikan sains dan teknologi sangat penting untuk diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal sekolah rendah lagi. Justeru itu, subjek Dunia Sains dan Teknologi menjadi antara platform penting dalam mengetengahkan ilmu sains dan teknologi bukan sahaja kepada kanak-kanak dengan keupayaan pembelajaran yang normal, namun ia juga menjadi subjek yang penting untuk dikuasai oleh murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran, terutamanya disleksia.
Bagi mereka yang mencari satu bahan bacaan lain selain buku teks Dunia Sains dan Teknologi (Tahap 1, 2, dan 3), buku ini amat sesuai untuk menjadi bahan bacaan tambahan khususnya kepada murid disleksia. Buku ini berpandukan silibus Dunia Sains dan Teknologi (Tahap 1, 2 dan 3) dan menyajikan kandungannya mengikut objektif pembelajaran yang terkandung di dalam silibus tersebut. Ia direka bagi memastikan setiap maklumat dan aktiviti yang dimuatkan akan mencapai objektif pembelajaran yang disarankan oleh silibus tersebut. Dengan teks yang minima serta watak-watak kartun dan penuh warna-warni, buku ini menjadikan pembelajaran sains dan teknologi lebih menarik dan menyeronokkan kepada kanak-kanak. Penyampaian isi kandungan yang kreatif tentunya bakal menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca dan sama-sama menghayati ilmu sains dan teknologi secara lebih santai dan menyeronokkan. Aktiviti sains dan teknologi maklumat yang dimuatkan adalah praktikal dan sesuai dengan keupayaan murid disleksia yang selalunya sangat aktif dan kreatif.
Buku ini juga sesuai kepada para guru sains dan ibu bapa yang mahukan kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu sains dan teknologi. Panduan untuk guru dan ibu bapa dalam memperkenal dan mengajar sains kepada anak-anak disleksia yang memulai setiap bab merupakan salah satu kelainan yang positif, menjadikan buku ini bukan hanya berguna sebagai bahan pembelajaran kepada murid disleksia tetapi juga kepada para pendidik kanak-kanak tersebut.
Mari bersama-sama menyelami Dunia Sains dan Teknologi yang ceria penuh warna-warni!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s