Isu Halal Kontemporari

Isu Halal Kontemporari

Halal adalah satu tema yang sangat luas dibincangkan pada masa kini. Kupasannya meliputi aspek makanan dan bukan makanan. Begitu juga, halal dibincangkan berkaitan aspek perundangan, transaksi kewangan dan perkembangan sains teknologi. Berasaskan perkembangan sains dan teknologi, pelbagai produk halal banyak dihasilkan seperti berasaskan bioteknologi, teknologi rekombinan, sintetik dan kejuruteraan genetik. Sungguhpun demikian, penghasilan produk tersebut menimbulkan keraguan apabila sebilangan penghasilannya didapati tidak memenuhi kehendak syariah yang sebenar. Walaupun pada dasarnya penghasilan tersebut memberikan banyak kebaikan dan lebih ekonomi, ia tetap dianggap sebagai haram dalam Islam kerana sumbernya yang tidak dibenarkan. Penerbitan buku Isu Halal Kontemporari ini adalah bertujuan mengenengahkan isu berkaitan dengan penghasilan produk halal semasa di samping dapat dijadikan alternatif penyelesaian kepada permasalahan yang timbul. Usaha penerbitan ini sangat memberi manfaat untuk meningkatkan kesedaran halal dalam kalangan pengguna, pengusaha industri halal dan badan pensijilan halal dalam serta luar negara. Selain itu, buku ini adalah bertujuan mendidik masyarakat supaya lebih peka dan berkesedaran tinggi terhadap pemilihan produk halal yang memenuhi kehendak syarak. Halal bukan sahaja menyentuh aspek kebaikan mengambilnya malah lebih kepada tanda kepatuhan kepada syariah Allah S.W.T.

Advertisements

2 Replies to “Isu Halal Kontemporari”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s