Stilistik

Stilistik

Stilistik merupakan bidang kajian kesusasteraan bahasa yang indah. Bahasa menjadi lebih indah atas tuntutan gaya, supaya bahasa biasa dirombak strukturnya untuk mencecah nikmat daripada bahasa yang mahu tidak mahu berubah bentuk dan maknanya. Dalam stilistik, keindahan bahasa ini diteroka dari segi bahasa dan linguistik. Asas terpenting dalam kajian stilistik ialah kesan karya kesusasteraan itu sendiri kepada pembaca. Dengan dua cara melihat dan menilai karya kesusasteraan ini pembaca dapat menikmati pendekatan ilmuwan yang dilakukan begitu akademik bagi merealisasikan hakikat karya kesusasteraan yang merupakan cerminan masyarakat tidak kira gaya mana yang dilaksanakan. Buku ini adalah sebuah buku telaah minda yang mempersoal, melerai dan menyimpulkan kemungkinan dalam usaha untuk meningkatkan kesarjanaan pengarang dan pembaca dalam sesawang yang menyelirati idea dan falsafahnya dalam kebenaran yang terpadu melalui kritikan kesusasteraan yang sihat.

Prof. Madya Dr. Arba’ie bin Sujud – Pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu dan Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dengan pengkhususan dalam bidang stilistik selain pakar rujuk dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Antara hasil penerbitan beliau ialah Pengajian Melayu 1:Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, Integrasi Media:Pengajaran Bahasa dan Sastera, Teknik Pengungkapan Sajak, Sastera Melayu: Suatu Pengantar, Retorika Bahasa dan Apresiasi Sastera, Kesusasteraan Remaja dan Penulisan:Teknik Penceritaan serta Pengaplikasian Dalam Novel Remaja, Apresiasi Bahasa – Interpretasi & Ekspresi .

Arbak bin Othman Sarjana Tamu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Berkelulusan sarjana dari Universiti Malaya dalam bidang Linguistik Gunaan. Berpengalaman luas dalam bidang kajian linguistik terapan dan telah menerbitkan buku-buku berkaitan pengantar, teori dan aplikasi dalam bidang linguistik kini beliau memberikan tumpuan terhadap bidang kesusasteraan Melayu khususnya genre puisi dengan terlibat secara aktif sebagai penilai pemakalah dan pendeklamator.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s