Interaksi Sosial dalam Penyampaian Cerita Rakyat Melayu

“Bawang Putih Bawang Merah”, “Si Tanggang”, Mat Jenin” dan “Si Badang” adalah antara cerita rakyat Melayu yang terkenal dalam masyarakat Melayu. Sesungguhnya masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai adat resam dan budaya. Pelbagai nasihat dan pengajaran diberikan melalui perilaku mahupun lisan. Salah satu kaedahnya adalah melalui penceritaan cerita rakyat Melayu. Cerita rakyat Melayu ini adalah sebahagian daripada sastera rakyat yang diturunkan daripada generasi ke generasi. Kebiasaannya cerita rakyat ini disampaikan oleh seseorang yang dipanggil penglipurlara.

Secara umumnya cerita rakyat Melayu berfungsi sebagai wadah hiburan dan wahana penyebar serta penyampai maklumat. Cerita rakyat Melayu turut berfungsi untuk menyebar serta melestarikan budaya, memberi pengajaran dan bimbingan kepada individu sebagai landasan dalam hidup bermasyarakat. Bagi menyampaikan cerita rakyat Melayu, penglipur lara sentiasa menjana idea baru dan mengaplikasikannya ketika penyampaian agar cerita yang hendak disampaikan menjadi lebih menarik.

Interaksi Sosial dalam Penyampaian Cerita Rakyat Melayu adalah sebuah buku yang sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada pelajar, penyelidik, pencinta budaya dan juga sesuai bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dan memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam cerita rakyat Melayu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s