Mengurus Sisa Pepejal di Rumah

Mengurus sisa pepejal di rumah merupakan buku panduan umum serba ringkas untuk memberi informasi kepada masyarakat umum berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal di rumah. Sebagaimana yang diterangkan dalam buku ini, kita menghasilkan jumlah sisa yang banyak setiap hari. Hampir keseluruhan sisa yang dihasilkan oleh setiap isi rumah tidak melalui proses pengasingan di peringkat awal, yang mana setiap dari kita melupuskan beribu-ribu tan sampah ke tempat pelupusan sampah setiap hari.

Sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dan ekonomi sesebuah negara, jumlah sisa bertambah saban hari dan turut menambah kesukaran untuk melupuskannya. Oleh itu penting bagi kita memahami serta mendalami konsep pengasingan sisa seterusnya kitar semula bagi membantu memulihara alam sekitar.

Dr. Sharifah Norkhadijah Syed Ismail mendapat ijazah pertama dalam kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dari Universiti Putra Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sebuah industri dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Sains Alam Sekitar di UPM. Beliau berkhidmat sebagai tutor di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada tahun 2008 dan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD di dalam bidang Sains Alam Sekitar di University of East Anglia Norwich, United Kingdom. Beliau terlibat secara aktif dalam pengajaran dan penyelidikan berkenaan pengurusan sisa pepejal dan GIS di fakulti yang sama di UPM.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s