Penerbit UPM Telah Di Anugerah 4 Kategori Utama

Anugerah Buku Perdana 2014

Bersempena Ekspo Buku Malaysia 2014 yang diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 10-14 Disember yang lalu turut berlansung Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN).

Pada tahun ini Penerbit Universiti Putra Malaysia telah dianugerahkan empat kategori utama yang dicalonkan iaitu:

  1. Anugerah Perdana
    Penerbit Universiti Awam
    Penerbit Universiti Putra Malaysia
  1. Buku Umum Terbaik (Kategori Pendidikan)
    Judul: Program Khas Integrasi Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia Dunia Sains & Teknologi
    Penulis: Zulikha Jamaludin & Husniza Husni
    Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia
    ISBN: 978-967-344-383-3
  1. Buku Umum Terbaik (Kategori Biografi Umum)
    Judul: Dato’ Dr. Hassan Ahmad:  Cendekiawan Melayu Terulung
    Penulis: Nor Azuwan Yaakob
    Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia
    ISBN: 978-967-344-330-7
  1. Reka Seni Grafik Terbaik
    Judul: With Knowledge We Serve
    Penulis: Mohamed Shariff Mohamed Din, Samsilah Roslan, Jayakaran Mukundan
& Zulkifli Idrus
    Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia
    ISBN: 978-967-344-302-4

Anugerah-anugerah tersebut telah disampaikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pengarang-pengarang buku yang mendapat anugerah serta tak dilupakan penghargaan kepada warga Penerbit Universiti Putra Malaysia, semoga dengan kejayaan ini akan menjadi pemangkin motivasi untuk terus menerbitkan karya-karya ilmiah yang berkualiti tinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s