Pesta Buku Antarabangsa di Beijing

Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM Press) buat julung julung kali menyertai Pesta Buku Antarabangsa Beijing bermula 25 Ogos hingga 30 ogos 2015 bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa China, Shunyi.

Pesta buku kali ke-22 ini merupakan yg terbesar di China yang melibatkan penyertaan daripada penerbit-penerbit tempatan dan juga penerbit seluruh dunia.

Penerbit UPM merupakan satu satunya wakil penerbit universiti di Malaysia bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta 3 lagi penerbit swasta bernaung di bawah Pavilion Malaysia yg dihoskan oleh Perbadanan Kota Buku.

Wakil Penerbit UPM yang menyertai pesta buku kali ini terdiri daripada Ketua Penerbit, Kamariah Mohd Saidin dan Ketua Seksyen Jualan dan Pemasaran,Mohd Rusdy Hasan.

Gerai UPM mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung terutama para penerbit luar yg ingin membeli hak penerbitan sesebuah karya utk diterbitkan.

Kesempatan yg ada ketika berada di Beijing wakil Penerbit UPM bersama wakil DBP sempat mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di China, China Radio International dan Beijing Foreign Student University.

8cb7d4942146d4be83543b01e38e5f9b 6296798d3e4fc73dd1dd90a61e3981e3 d1e64521877e6733f84ae03c71d3cb47 e7631574fa272dfd7356c00ed411ce50

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s