Buku Terkini 2017

 

Advertisements

HASSAN AHMAD Wira Bahasa Yang Berwibawa

HASSAN AHMAD  Wira Bahasa Yang Berwibawa

JUDUL : HASSAN AHMAD Wira Bahasa Yang Berwibawa
978-967-344-463-2
PENGARANG: Raja Masittah Raja Ariffin
RM 78.00
129m/s

Kulit tebal dan isi kandungan berwarna

Tidak dapat dinafikan Hassan Ahmad adalah nasionalis Bahasa Melayu. Meskipun begitu, hasil kerja beliau tidak semata-mata bertujuan menegakkan nasionalisme Melayu sahaja. Penelitian hemat terhadap kerja beliau memperlihatkan beliau menggunakan pendekatan nasionalis untuk merungkai persoalan sosiologi Bahasa Melayu. Pendekatan ini digunakan beliau dalam konteks nasionalisme Malaysia bagi memastikan Bahasa Melayu Berjaya merealisasikan rangsangan politik untuk tujuan perpaduan dan integrase, selain membangkitkan keyakinan rakyat tentang kemampuan Bahasa Melayu untuk memajukan Negara.

Buku-Buku Terbaharu Terbitan Tahun 2013

Terowong Emas Itu

Cover Terowong EmasKumpulan Puisi Anismas AR
978-967-344-339-0
RM 32.00
2013

Puisi Melayu moden (sajak) adalah sejenis karya kreatif yang merupakan saluran pengungkapan pemikiran atau mesej berguna kepada khalayak pembaca di samping turut memaparkan nilai seni dan estetika bahasanya. Insan penyair atau pemuisi dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan bakat semula jadi atau dikenali dengan daya kreativiti yang tinggi, daya renung, daya fikir, daya imaginasi, daya usaha dan daya pohon (doa) demi penghasilan genre puisi untuk tatapan dan penghayatan pengajaran di dalamnya.

Puisi memainkan peranan sebagai wadah dakwah (amar ma’ruf nahi mungkar), mengungkapkan segala pengalaman dan kembara kehidupan mengucapkan rasa penuh kesyukuran atas nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan. Selain itu puisi juga berperanan sebagai kata nasihat dan pesanan sambil menghibur khalayak pembacanya melalui nilai seni dan keindahan. Puisi sebagai pengingat dan penginsaf tentang detik kematian yang pasti menjelma.

Kumpulan Puisi Terowong Emas Ini mengandungi 100 buah puisi yang menghimpunkan puisi-puisi yang dihasilkan oleh Anismas Ar sejak beliau berusia dalam lingkungan 30-an hinggalah menjejak usia 50 tahun pada tahun 2012.

Sustainable Production of Pineapples on Tropical Peat Soils

TSustainable Pineapple Cover_outlinehis book contains information on pineapples cultivation on tropical peat souls and it discusses some essential elements for sustainable cultivation of pineapples on this type of organic soils. Therefore, the book is designed as a quick reference text, with the aim that farmers, students and scientists with little experience on pineapples cultivation on organic soils are able to grasp the rudiments of their cultivation on these soils. This book will also be of significant interest to those working in the applied sciences.