Perhatian Kepada Mereka Yang Berminat !!

Penerbit UPM mengalu-alukan para pensyarah, pengarang dan individu yang berminat menghantar manuskrip ilmiah berkualiti untuk dinilai dan diterbitkan menjadi buku. Maklumat lanjut, hubungi Penerbit UPM.

Advertisements

Senarai Semak Penulisan

1. Judul (pada kulit luar manuskrip)
2. Nama penulis/penyusun (pada kulit luar manuskrip)
3. Bahan Awalan 

  • Kandungan
  • Senarai ilustrasi (jika ada)
  • Prakata
  • Pendahuluan/Pengenalan (jika ada)
  • Penghargaan
  • Singkatan/Simbol/Formula/Ukuran/Transliterasi (jika ada)
4. Teks 

  • Nombor dan tajuk bab
  • Teks lengkap
  • Ilustrasi : Kapsyen, sumber dan rujukan silang
  • Jadual : tajuk, sumber
  • Nota kaki
5. Bahan Akhiran 

  • Lampiran
  • Glosari
  • Bibliografi/Rujukan
  • Indeks
6. Maklumat untuk Kulit Belakang 

  • Blurb – inti pati kandungan buku/biodata penulis/latar belakang karya
7. Lampiran untuk Penerbit 

  • Surat kepada penerbit
  • Surat keizinan penerbitan daripada penulis/penyumbang/penerbit asal (jika ada bahan mereka yang dipetik untuk dimuatkan dalam penulisan)

Kandungan Manuskrip

Manuskrip hendaklah mengandungi : 

  • Halaman judul
  • Dedikasi (jika ada)
  • Senarai kandungan
  • Seluruh badan teks
  • Nota kaki (jika ada)
  • Ilustrasi/jadual/foto (jika ada)
  • Senarai rujukan/bibliografi
  • Lampiran (jika ada)
  • Glosari (jika ada)
  • Indeks (jika ada)
  • Maklumat untuk kulit belakang buku (rujuk Senarai Semak)
Semua halaman manuskrip hendaklah dinombori secara berturutan. Ilustrasi hendaklah dinombori dan dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlapik. Lokasi setiap ilustrasi hendaklah ditandakan dalam manuskrip. Kapsyen dan penghargaan sumber bahan (jika ada) juga hendaklah disertakan.

Panduan Penyediaan dan Penyerahan Bahan

1. Judul yang dirancang, iaitu judul yang dibina mengikut perancangan penerbitan bermula daripada peringkat cadangan judul.
Penulis hendaklah mengemukakan :

  • Borang cadangan penerbitan
  • Borang biodata
  • Surat penyerahan cadangan judul
  • Contoh penulisan (2-3 bab penulisan draf)
2. Judul yang tidak dirancang, iaitu manuskrip yang diterima di luar perancangan penerbitan.
Penulis hendaklah mengemukakan :

  • Borang cadangan penerbitan
  • Borang biodata
  • Surat penyerahan bahan lengkap
  • Surat izin penerbitan, sekiranya ada bahan yang dipetik daripada sumber lain
  • Manuskrip lengkap yang bercetak beserta ilustrasi dan disket atau CD-ROM.
3. Manuskrip hendaklah bertaip komputer langkau dua baris menggunakan perisian yang sesuai, contohnya MS Word.
4. Manuskrip hendaklah dicetak di atas kertas putih saiz A4 yang berkualiti.
5. Cetakan komputer hendaklah jelas.
6. Manuskrip tulisan tangan tidak diterima.
7. Bahan yang dihantar hendaklah merangkumi :

  • Manuskrip lengkap berserta disket/CD_ROM.
  • Surat penyerahan bahan.
  • Surat keizinan penerbitan daripada penulis/penyumbang/penerbit asal sumber bahan.
Penerbit UPM tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan bahan dalam proses penghantaran.