Penerbit UPM adalah salah sebuah pusat penerbitan universiti paling aktif dalam aktiviti penerbitan ilmiah yang berbentuk buku, prosiding, jurnal dan sebagainya. Secara puratanya, sepanjang enam tahun yang lalu, UPM berjaya menerbitkan 22 judul buku setahun selain daripada laporan teknikal dan prosiding secara runding cara.

…………………………………………………………………………………………………..

UPM Press is one of the most active publisher in academic publication activities involving books, proceedings, journal publications and so on. In average, for the past six years, UPM has successfully issued 22 book titles per year other than technical reports and by proceedings through negotiation/counseling.

Panel 1

AKTIVITI KAMI

Penerbit UPM, pada dasarnya bertanggungjawab untuk memperbanyakkan genre penerbitan tanpa mengabaikan fokus utama dalam penerbitan ilmiah berasaskan penyelidikan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang bermutu tinggi. Bahan yang dihasilkan oleh ahli akademik dan sarjana ini bertujuan menambah khazanah ilmu, menyebar pengetahuan dan maklumat untuk manfaat manusia sejagat, di samping mengangkat nama UPM serta menjayakan Matlamat Ke-2 Pelan Strategik UPM iaitu untuk melonjak tahap pencapaian, penyelidikan dan inovasi di peringkat antarabangsa.

Penerbit UPM merupakan salah sebuah entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi. Sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Universiti, Penerbit UPM beroperasi sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab yang menjana sendiri pendapatan. Oleh itu, selain penerbitan ilmiah, Penerbit UPM juga aktif menawarkan khidmat profesional penerbitan seperti penyuntingan, mereka bentuk, atur huruf dan juga mengurus penerbitan bukan sahaja untuk warga UPM, malahan kepada pihak luar daripada UPM. Selain mengutamakan kualiti, Penerbit UPM sangat menekankan keaslian dan mematuhi konvensyen penerbitan antarabangsa bagi menjamin keunggulan bahan ilmiah yang diterbitka

Panel 2

SIAPA KAMI

Editorial

Sinergi antara editor, pereka letak dan pembaca pruf yang terlatih, berorientasikan keberhasilan dan bermotivasi tinggi menjadi faktor utama yang menunjangi kekuatan seksyen ini. Selain itu, warga kerja editorial sentiasa bersedia dalam memenuhi jangkaan pengeluaran yang menepati kehendak pelanggan. Seksyen ini mempunyai jaringan hubungan yang erat dengan penulis dan penyumbang manuskrip untuk memastikan kesinambungan penerbitan di samping memenuhi kehendak pelanggan dengan efisien.

Reka Bentuk Media Kreatif

Seksyen ini ditunjangi oleh pasukan kreatif profesional yang terdiri daripada pengarah seni, pereka web dan grafik, jurufoto, ilustrator, penulis iklan, dan artis produksi. Terdapat simpanan hasil kreatif yang besar di seksyen ini dan juga merupakan antara tempat penghasilan kreatif yang dirujuk dan mendapat pengiktirafan pelanggan. Seksyen ini sentiasa memfokuskan idea yang segar dan konsepsi kreatif dalam setiap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Jualan dan Pemasaran

Setiap penerbitan dan produk akan dipasarkan di dalam dan juga di luar negara. Seksyen ini telah berkolaborasi sekian lama dengan gedung buku yang mempunyai reputasi dan rantaian antarabangsa seperti Kinokuniya dan MPH. Seksyen ini juga telah meluaskan fungsinya dengan menawarkan khidmat nasihat penerbitan dan pemasaran dengan mewujudkan bengkel berkenaan informasi penerbitan dan juga rundingan profesional.

 

Panel 3 Placeholder
Panel 4 Placeholder